PERKHIDMATAN

Manfaat dana TIJARI untuk Ummah

Pemerkasaan Syiar & Keagungan Islam

Pengukuhan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah

Pemantapan Ilmu & Pendidikan

Pengupayaan Peranan & Fungsi Institusi Islam

Pemerkasaan Agenda Kebajikan & Keprihatinan Sosial

Pemberdayaan Sosio & Ekonomi dan Pembelanjaan Lain dan Bantuan Pelbagai

perkhidmatan tijari
TIJARI

Bantuan Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Selangor

Masjid adalah institusi penting dalam Islam. Fungsinya tidak terhad bagi urusan solat lima waktu semata-mata, bahkan melangkaui urusan kemasyarakatan dan sosial. Masjid merupakan lambang persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Sebagai suatu entiti yang menjunjung titah D.Y.M.M Sultan Selangor, TIJARI mengambil inisiatif ini untuk membantu masjid dan surau di sekitar Negeri Selangor yang mengalami masalah kekangan dana pengimarahan dengan menyalurkan bantuan dana sumbangan secara one-off.

TIJARI

Bantuan Bencana Negeri Selangor

Bantuan bencana adalah bantuan kepada masyarakat Islam yang terjejas dengan bencana banjir,ribut dan kebakaran yang berlaku di seluruh Negeri Selangor. Sumbangan berbentuk ‘one-off payment’ ini adalah merupakan salah satu inisiatif TIJARI untuk meringankan beban mangsa yang terkesan dengan bencana banjir tersebut. Inisiatif bantuan bencana kami juga adalah bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan pulih dari kesan krisis dan mencapai pemulihan yang berkekalan.

TIJARI

Bantuan Pendidikan Negeri Selangor

Bantuan program-program kerohanian atau akademik di sekolah merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan oleh pihak TIJARI kepada sekolah-sekolah dan institusi-instisuti Pendidikan di Negeri Selangor. Kaedah permohonan adalah pihak pemohon perlu menghantarkan surat permohonan, kertas kerja permohonan dan Salinan penyata bank yang berkaitan (telah diakui sah). Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dihantar kepada e-mel pihak TIJARI tidak kurang daripada satu (1) bulan daripada tarikh program berlangsung dan had yang dibenarkan bagi sesebuah sekolah bagi mengemukakan permohonan adalah sebanyak 3 kali setahun.

TIJARI

Bantuan Kurang Upaya

Objektif penubuhan dan peranan yang dimainkan oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) adalah untuk mengumpul dana khas umat Islam bagi memajukan agama Islam, faedah, kepentingan, pemerdayaan dan pembangunan umat Islam di Negeri Selangor. Hasrat untuk menyempurnakan visi dan misi TIJARI akan tercapai sekiranya program-program yang dianjurkan adalah berbentuk kebajikan dan keprihatinan sosial ke arah mendekati masyarakat bagi menonjolkan fungsi TIJARI yang sebenar. Rentetan itu, para penderma dapat meningkatkan keyakinan terhadap TIJARI dan menjadikan tabung ini sebagai salah satu platform untuk meraih saham ukhrawi.

manfaat penggunaan wang tabung
Pengukuhan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
  • Memperkasa kefahaman melalui pelaksanaan program-program penjelasan dan penerangan.
  • Mempertingkatkan kefahaman kebenaran akidah yang hakiki.
  • Menangani ancaman akidah semasa, mendepani daksyah dan doktrinisasi bagi memastikan pemeliharaan akidah islam yang hak dan muktamad.
  • Membantu program pengukuhan persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiah) dan penyatuan.
  • Membantu membiayai aktiviti penerbitan, percetakan, hebahan dan promosi.
  • Membantu pelaksanaan keseimbangan program amar makrif nahi mungkar bagi mempersadakan naungan syariat Islam.
  • Membantu program pengukuhan persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiah) dan penyatuan ummah.
  • Membantu pelaksanaan program intervensi dan motivasi untuk membentuk individu sebagai moderator dalam menangani permasalahan ummah setempat.
  • Bantuan one-off sebagai galakan pendidikan dalam pelbagai bidang, tahap dan disiplin keilmuan.
  • Membiayai program-program kajian dan penyelidikan untuk kepentingan Islam dan umat Islam.
  • Membiayai program latihan dan peningkatan profesionalisme pegawai awam dan guru yang berkhidmat di bawah institusi agama Islam di Negeri Selangor.
  • Membiayai program kajian dan penyelidikan untuk kepentingan Islam dan umat Islam.
  • Memberi bantuan segera kepada individu, keluarga dan masyarakat meliputi keperluan asas akibat himpitan kemiskinan, tekanan dan cengkaman pihak-pihak tertentu, keperluan kecemasan akibat musibah, bencana dan malapetaka.
  • Memberi bantuan untuk mengembangkan kemahiran ke arah meningkatkan sosio ekonomi umat Islam.
  • Memberi bantuan mengembangkan potensi, pasaran dan prospek.
  • Menyalurkan bantuan modal tunai atau kelengkapan asas bagi memulakan, meneruskan atauj memulihkan status sosio ekonomi umat Islam.
  • Menetapkan peruntukan tertentu bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Tabung.
  • Melaksanakan apa-apa bentuk perbelanjaan atau memberikan apa-apa bantuan yang difikirkan sesuai dengan tujuan penubuhan Tabung.
  • Apa-apa penggunaan lainnya sepertimana yang dititahkan atau dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.