TENTANG TIJARI

Penubuhan TIJARI

Latar belakang Penubuhan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor

1

Tabung ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menggantikan Tabung Amanah Pembangunan Selangor (TAPIS) yang diwujudkan di bawah Seksyen 9(3) Akta Tatacara Kewangan 1957 sepertimana dititahkan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor bertarikh 10 Mac 2020 Bil.(114)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01/Jld.56 berkaitan Penubuhan jawatankuasa Pengurusan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI).

2

Tabung ini akan mengakaunkan semua hsil kutipan infak umat Islam, sumber hasil sewaan atau apa-apa hasil yang dikenakan dengan cara yang lain ke atas aset dan tanah / strata yang berada dibawah kawalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan sumbangan atau manfaat tunai daripada mana-mana pihak.

3

Tabung ini adalah bagi menerima atau dikreditkan apa jua bantuan atau wang selain daripada bantuan atau wang dari kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri seperti mana diperuntukkan di bawah Perkara 12, Fasal 2: Perlembangaan Persekutuan.

4

Tabung ini digunakan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti yang dititah oleh D.Y.M.M Sultan Selangor bertarikh 4 Ogos 2020 Bil.(72)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.57 dan kepentingan-kepentingan lain bagi meningkatkan syiar Islam dan memartabatkan ummah.

VISI KAMI

Merealisasi Model Infak Terbaik di Malaysia

Mengoptimumkan proses pemberian sumbangan untuk memberi manfaat kepada penderma dan penerima, sambil memupuk ketelusan dan kepercayaan dalam amalan bersedekah.

Misi Kami

Menjadikan Ibadah Infak lebih Mudah, Dinamik, Efisien dan Berintegriti

Menjadikan ibadah infak lebih mudah, dinamik, efisien, dan berintegriti dengan memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk menyumbang secara lancar dan berlandaskan nilai kejujuran.

Moto Kami

Merealisasi Ekuiti Ukhrawi

Mengusahakan kesaksamaan dan keadilan spiritual yang seimbang dalam kehidupan, dengan penekanan pada nilai-nilai ukhrawi untuk mencapai keberkatan dan kesejahteraan rohani.

Sumber Kewangan

Tabung ini hendaklah dikreditkan dengan wang dari sumber-sumber berikut:

Sumbangan sektor swasta/ yayasan/ pertubuhan/ badan berkanun tempatan tau antarabangsa.

Sumbangan tahunan masjid dan surau.

Pungutan khairat.

Sumbangan awam melalui transaksi digital/ online.

Infak awam melalui tabung-tabung yang disediakan di mana-mana premis.

Sumber hasil sewaan ke atas aset dan tanah/ strata.

Sumber hasil yang dikenakan dengan cara yang lain ke atas aset dan tanah/ strata.

Pelaburan/ strata.

Potongan gaji daripada pegawai awam atau swasta.

Sumbangan daripada agensi kerajaan atau swasta yang ingin menyumbang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung.